Stocks‎ > ‎

Futures K.Lumpur Index

posted 14 Apr 2011, 09:16 by Zam Mlk   [ updated 15 Apr 2011, 15:28 ]

Di dalam trend menurun pasaran ekuiti, sukar untuk membuat keuntungan. Apabila dapat sahaja beli, harga turun dan turun lagi.

Sekiranya anda ingin memasuki pasaran futures, anda boleh menjual dahulu, beli kemudian. maksudnya boleh buat duit ketika market jatuh atau naik. Berbanding ekuiti, anda hanya boleh beli dahulu baru jual. Bayangkan anda ada portfolio saham ekuiti. Mungkin anda mencatat kerugian. Sekiranya anda memasuki pasaran futures, mungkin anda boleh mendapat keuntungan dan dapat balance kan portfolio anda tadi. 


Sebelum itu anda perlu melihat market amerika iaitu DOW JONES yang mana anda bole lihat di yahoo!finance
Kemudian lihat market Nikkei Japan dan negara asia lain seperti Singapore. Serta lihat pasaran futures Dow Jones (DJIA) di bloomberg


Fkli ni tracks fbm klci punya index, yang mana FBM KLCI ni terdiri dari 30 kaunter bluechips. Jika anda mahu beli 30 kaunter tu memang memerlukan modal yang besar. Tapi dengan modal RM1500 anda boleh memasuki pasaran futures untuk day trade. Jika mahu overnite position tu anda perlukan rm3000.


Banyak juga klien yang invest saham sampai berpuluh ribu tapi tidak berani masuk pasaran futures.
Memang risiko tu ada, tapi anda boleh mengurangkan risiko dengan cara cut loss. Contohnya anda buy ( istilahnya LONG ), kemudian anda terus letak cut loss ( istilahnya STOP loss ) 3 point / 5 points.
Jika anda sell ( istilahnya SHORT ), kemudian anda trus letak cut loss ( istilahnya STOP loss ) 3 point / 5 points.


Pastikan setiap decision dibuat selepas anda nampak signal buy / sell dengan menggunakan charting.


Market futures Malaysia dibuka pada 8.45 am
Market cash FBM KLCI dibuka pada 9 am


selalunya saya akan mendapatkan harga tertinggi dan terendah pada 15minit awal iaitu 8.45 - 9am.
saya akan menambahkan 1 point pada harga tertinggi dan menolak 1 point dari harga terendah tu.
kemudian standby untuk long / short . ( stop buy / stop sell )
saya lebih prefer short jika pasaran dalam trend menurun.


Satu mata adalah bersamaan RM50
Komisen adalah rm24 in , rm 24 out = RM48


Contohnya anda buy pada 1516 kemudian jual pada 1517, anda untung RM2 sahaja selepas ditolak RM48 komisen.
jika jual pada 1526, untung 452 selepas tolak  komisen juga RM48. Tak sama macam saham, lagi tinggi anda untung lagi tinggi la komisen yang anda kena.


Selamat belajar :)


Comments